Perikatan Nasional (PN) tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berunding dengan Barisan Nasional (BN) bagi tujuan membentuk kerajaan, selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Muhyiddin Yassin, berkata tujuan PN bertanding pada PRU15 adalah bagi membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).
“Saya berdoa dengan izin Allah S.W.T dan sokongan padu rakyat, Perikatan Nasional akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri yang terlibat dalam PRU15,” katanya melalui Twitter.
Saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS, untuk berunding dengan Barisan Nasional bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.
(2/3)— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) November 15, 2022