BTS Media

BN putuskan lepas PRU15 jika perlu ‘bergabung’ dengan parti lain untuk bentuk kerajaan

DALAM apa yang dilihat sebagai tanda-tanda ketidakyakinan Barisan Nasional (BN) untuk menang besar pada PRU15, Ismail Sabri berkata keputusan sama ada akan bergabung dengan parti lain akan diputuskan selepas itu.

Perdana menteri kerajaan sementara itu berkata apa jua rancangan masa depan akan ditentukan selepas keputusan pilihan raya.

Beliau memberitahu media selepas merasmikan Mesyuarat Agung tahunan ke-43 dan Konvensyen Kontraktor Melayu 3.0 di Kuala Lumpur pada Selasa (18 Okt) bahawa sebarang keputusan akan mengambil kira kepentingan negara, kerana yang utama ialah ditubuhkan kerajaan yang stabil.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan BN membentuk gabungan dengan parti lain seperti PAS untuk membentuk kerajaan sekiranya tidak memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi di Parlimen pada PRU 15.

Pada 16 Oktober lalu, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan dilaporkan berkata BN mesti memenangi lebih 112 kerusi pada PRU15 untuk membentuk kerajaan.

-BTS Media

Leave a Comment