Oleh Fetty Rara
SETAKAT ini belum ada mana-mana gabungan parti yang mampu membentuk kerajaan dalam situasi tergantung.
Pagi ini, seramai 26 ahli Parlimen Barisan Nasional /UMNO dilaporkan hadir dalam perjumpaan bersama parti itu dan Pakatan Harapan (PH) di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Isnin.
Bagaimanapun, dua lagi tidak dapat hadir kerana tidak sihat.
PH dan BN dijangka dimuktamadkan hari ini apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu bertemu pada pukul 10.00 pagi.
Keputusan rasmi menunjukkan PH memiliki kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi.
BN yang menjadi kerajaan sejak merdeka sebelum dikalahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 pula hanya menguasai 30 kerusi.
Menurut The Star, antara yang hadir berbincang dengan PH termasuk Shamsul Annuar (Lenggong), Ahmad Maslan (Pontian), Mohamed Khaled Nordin (Kota Tinggi),.
Juga dilaporkan hadir Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Mohamad Hasan (Rembau) dan Ismail Sabri Yaakob (Bera).
-BTS Media