Oleh Zainal AS Rashid
PERIKATAN Nasional (PN) bersedia membentuk kerajaan dengan mana-mana parti yang menerima prinsipnya, tetapi akan menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), kata pengerusi gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setakat pukul 3.00 pagi Ahad (20 Nov), gabungan itu memenangi sejumlah 70 kerusi pada PRU15, namun masih ada pengiraan undi dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Muhyiddin berkata para pemimpin PN bersetuju untuk membentuk kerajaan mungkin menjelang hari Rabu (23 Nov).
Beliau juga berkata PN telah menerima surat daripada Istana Negara yang menyatakan syarat diperlukan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum membentuk kerajaan, lapor The Star.
“Untuk membentuk kerajaan, kami akan berbincang dengan gabungan di Sabah dan Sarawak tidak lama lagi. “Bagi memastikan kestabilan lebih baik, kami bersedia menerima mana-mana pihak yang bersedia menerima prinsip kami.”
Muhyiddin berkata, jika PN membentuk kerajaan dengan mereka yang mempunyai pandangan yang sama, keutamaannya adalah untuk menunaikan semua janji yang dibuat sepanjang kempen gabungan itu.
-BTS Media