BTS Media

Perikatan Nasional (PN) yakin bentuk kerajaan pada 19 Nov

Oleh Fetty Rara

TIDAK mustahil gabungan Perikatan Nasional (PN) memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum, kata pengarah pilihan rayanya Azmin Ali.

Bercakap kepada media pada satu majlis di Gombak, Selangor, beliau berkata PN yakin mendapat sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan akan datang.

“Kami yakin PN akan menang beberapa kerusi untuk membentuk kerajaan pada 19 Nov ini. Sudah tentu kami menyasarkan lebih tinggi, tetapi sekurang-kurangnya 112,” katanya.

“Kami perlu bekerja keras pada minggu terakhir kempen. Tidak ada yang mustahil kerana pengundi hari ini sangat matang.

“Mereka mahu kerajaan yang boleh berkhidmat kepada mereka. Dan jika kita dalam PN boleh yakinkan mereka, tidak mustahil kita dapat jumlah yang cukup besar untuk membentuk kerajaan,” tambahnya ketika ditanya sama ada PN yakin boleh memperoleh majoriti dua pertiga.

Azmin adalah calon PN untuk kerusi Gombak dalam pertandingan lima penjuru. Terdapat 222 kerusi di Dewan Rakyat.

-BTS Media

Leave a Comment