BTS Media

Perikatan Nasional (PN) bentuk kerajaan di Perlis

PERIKATAN Nasional (PN) rasmi membentuk kerajaan di Perlis selepas memenangi 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh dalam sidang akhbar secara berkala pada pukul 2.30 pagi Ahad.

“Bagi keseluruhan pengundian, sehingga jam 2 pagi, PN memenangi 14 kerusi dari 15 dan memperoleh suatu majoriti lebih 50 peratus daripada kerusi dipertandingkan,” katanya.

Menurut Abdul Ghani, jumlah pengundi DUN Perlis adalah 76.94 peratus.

Antara kerusi yang terlepas daripada penguasaan PN adalah DUN Indera Kayangan yang dimenangi calon PH, Gan Ay Ling dengan memperoleh 4,830 undi.

Perlis sebelum ini merupakan salah satu kubu kuat BN sejak 65 tahun lalu.

Baca lagi: https://www.msn.com/en-my/news/berita/pn-membentuk-kerajaan-di-perlis/ar-AA14ja6F?ocid=winp1taskbar&cvid=310fc4c00fe741b6869734be5645df99

 

Leave a Comment