BTS Media

Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam letupan di Istanbul – Konsulat Jeneral

TIADA laporan mengenai rakyat Malaysia terjejas akibat letupan di Jalan Istiklal, bandar raya Istanbul, yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 81.

Dalam satu kenyataan melalui Twitter, Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Turkiye berkata bahawa ia sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan tentang kejadian itu.

“Pada masa kenyataan ini dibuat, belum ada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat kejadian itu, dan pihak Konsulat Jeneral yakin pihak berkuasa akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Konsulat Jeneral ini mengingatkan semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan persekitaran dan mengelak daripada mengunjungi tempat sesak di Istanbul buat masa ini.”

Konsulat Jeneral Malaysia Turkiye boleh dihubungi untuk sebarang kecemasan melalui nombor telefonnya: 90 2129891001

Menurut agensi berita Anadolu, letupan berlaku pada kira-kira pukul 4.20 petang (1320 GMT).

-BTS Media

Leave a Comment