Oleh Yusoff A. Shariff
KEBEBASAN diberikan kepada media tempatan untuk membuat liputan Pilihan Raya Umum ke-15.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sementara Zahidi Zainul Abidin berkata walaupun kebebasan akhbar tidak hanya terhad kepada media kerajaan, tetapi juga media lain, namun mereka diminta melaporkan hanya yang benar.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau juga mengingatkan supaya media bersikap telus dan tidak menyentuh isu sensitif perkauman yang boleh mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat.
“Media diberi kebebasan, cuma kita minta agar berita yang disiarkan adalah betul dan pasti benar,” katanya.
-BTS Media