BTS Media

Air Sungai Golok, Kelantan melepasi paras amaran

Oleh Yusoff A. Shariff

Sejumlah 42 mangsa ditempatkan di dua Pusat Pemindahan sementara (PPS) setakat Jumaat di daerah Kota Baru, Kelantan pada Jumaat berikutan hujan sejak beberapa hari lalu.

Daripada jumlah itu 12 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek, Tanah Merah pada Jumaat dan (30) PPS SK Gual Tok Deh, Rantau Panjang sejak Ahad lalu.

Setakat pukul 12.00 tengah hari Jumaat, Sungai Golok menunjukkan air melepasi paras amaran, iaitu 8.60 meter.

Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten Mohd Arif Mohd Zain berkata, tiga kawasan dinaiki air di sepanjang Sungai Golok, ialah Kampung Tersang, jalan Kampung Tersang dan Kampung Bendang Parol.

“Beliau menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berisiko agar bersedia untuk bertindak jika air mulai melimpah.

Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan berikutan ramalan risiko banjir di kawasan berhampiran lembangan sungai di tiga negeri, mulai Jumaat.

Lembangan berkenaan adalah di Sungai Besut dan Sungai Setiu di Terengganu; Sungai Golok di Kelantan dan Sungai Endau di Pahang.

-BTS Media

Leave a Comment