BTS Media

‘Server down’, operasi portal Info Banjir tergendala

PUTRAJAYA – Pemantauan operasi ramalan dan amaran banjir tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana portal public info banjir dan aplikasi MyPublic info banjir mengalami gangguan.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Zaini Ujang berkata, gangguan itu tidak dapat dielakkan akibat satu kejadian luar jangka membabitkan sistem penyejukan di Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Enstek pada Selasa.

“Insiden ini telah menyebabkan berlakunya gangguan pengoperasian ke atas semua server, perkakasan, aplikasi agensi yang ditempatkan di PDSA Enstek,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah menasihatkan supaya server ditutup sehingga sistem penyejukan pulih bagi membolehkan operasi kembali seperti biasa.

“Sehubungan itu, pemantauan operasi ramalan dan amaran banjir tidak dapat dilaksanakan secara optimum dalam tempoh ini.

“Tarikh serta masa tamat gangguan tidak dapat dipastikan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

-BTS Media

Leave a Comment