BTS Media

Kad debit Bank Islam alami gangguan transaksi

BANK Islam Malaysia Bhd memaklumkan yang ia sedang mengalami gangguan transaksi Kad Debit.

Menurut syarikat perbankan itu, sebarang pembayaran balik bagi transaksi yang terjejas akan dilaksanakan pada hari bekerja berikutnya.

“Pelanggan yang dihargai, dimaklumkan bahawa kami sedang mengalami gangguan transaksi Kad Debit.

“Sebarang pembayaran balik bagi transaksi yang terjejas akan dilaksanakan pada hari bekerja berikutnya.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami,” katanya dalam satu pemberitahuan di laman sosial rasmi bank berkenaan.

Seorang pelanggan bank berkenaan, Zairani Jamaludin berkata, beliau berdepan masalah ketika menggunakan kad debit berkenaan di mana walaupun transaksi pembayarannya tidak disahkan, namun jumlahnya ditolak daripada akaun bank.

“Pembayaran (menggunakan kad debit Bank Islam) barangan yang saya beli di sebuah pasar raya tidak disahkan dan saya terpaksa menggunakan kad debit bank lain.

“Yang menimbulkan tanda tanya adalah meskipun transaksinya tidak disahkan, namun jumlahnya tetap ditolak. Ini menimbulkan kesulitan,” katanya.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/11/1021403/kad-debit-bank-islam-alami-gangguan-transaksi

Leave a Comment