Oleh Fetty Rara
PENYANDANG kerusi Parlimen Padang Besar dan juga ketua UMNO Padang Besar Zahidi Zainul Abidin yang digugurkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan mempertahankan kerusinya sebagai calon bebas.
Beliau akan berdepan empat calon lain, termasuk Ketua Puteri UMNO, Zahid Zarik Khan; Muhammad Saad @ Yahya (Pakatan Harapan); Rusydan Rusmi (Perikatan Nasional) and Ko Chu Liang mewakili Parti Warisan Malaysia (Warisan).
Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia juga akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi, atas tiket bebas.
Proses penamaan calon kerusi Parlimen Padang Besar dan lima kerusi DUN di kawasan tersebut berjalan lancar pagi tadi.
-BTS Media