GAMBAR ATAS: Wikimedia Commons.
Oleh Fetty Rara
BEKAS menteri kewangan Britain, Rishi Sunak mengesahkan pada Ahad bahawa beliau berhasrat untuk menggantikan Liz Truss sebagai perdana menteri.
Dalam satu tweet pada Ahad, beliau menyifatkan United Kingdom sebagai sebuah negara yang hebat, tetapi menghadapi krisis ekonomi serius yang membuatnya rasa terpanggil bertanding untuk menjadi ketua Parti Konservatif dan seterusnya perdana menteri.
Sunak dikalahkan oleh Truss dalam perlumbaan untuk menggantikan Boris Johnson pada September setelah tewas dalam pemilihan parti Konservatif di seluruh negara.
Malah sebelum mengisytiharkan hasratnya hari ini, Sunak telah pun memperoleh lebih banyak sokongan daripada ahli parlimen Konservatif berbanding pesaingnya, iaitu bekas menteri pertahanan Penny Mordaunt dan Johnson, yang cuba mendapatkan semula jawatan tersebut.
Pengunduran Sunak daripada pentadbiran Johnson pada Julai lepas telah membantu menjatuhkan beliau.
“Akan ada integriti, profesionalisme dan akauntabiliti di setiap peringkat kerajaan yang saya pimpin dan saya akan bekerja keras untuk menyelesaikan tugas itu,” katanya dalam satu kenyataan.
-BTS Media