Oleh Yusoff A. Shariff
HUJAN lebat awal Ahad (16 Okt) menyebabkan paras air di air terjun Telaga Tujuh meningkat, menyebabkan 44 orang terkandas.
Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 10.35 pagi.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata usaha mengeluarkan mereka telah dijalankan.
Berdasarkan video kejadian itu, kelihatan anggota penyelamat membantu mereka yang terkandas menyeberangi air menggunakan kabel.
Kesemua mereka memakai jaket keselamatan memandangkan arus yang kuat berikutan hujan lebat.
Air Terjun Telaga Tujuh terletak di Tapak Geo-taman Cambrian Machinchang, Langkawi.
-BTS Media