PESARA guru tadika membesarkan anak angkat beragama Islam dihargai apabila menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi, dan iktiraf dengan gelaran Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.
Chee Hoi Lan, 83, yang membesarkan Rohana Abdullah, 20, sejak usia dua bulan hingga sekarang mendapat perhatian masyarakat dan kerajaan kerana keikhlasannya menjaga serta mendidik gadis itu walaupun mereka berlainan agama.
Anugerah itu dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur pada Ahad (9 Okt).
-BTS Media