BTS Media

Amaran banjir: Air pasang besar di beberapa kawasan sehingga 13 Okt, kata NADMA

Oleh Yusoff A. Shariff

AGENSI Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memberi amaran kepada penduduk supaya bersiap sedia menghadapi air pasang besar yang diramalkan berlaku di beberapa kawasan sehingga Khamis (13 Okt).

NADMA, sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, berkata Pusat Hidrografi Negara meramalkan kawasan terbabit termasuk Kuala Muda di Kedah; Bagan Datuk (Perak), Pelabuhan Klang (Selangor) serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Air pasang besar ini disebabkan oleh tarikan graviti ke atas bumi apabila bulan dan matahari sejajar, yang berkemungkinan menyebabkan limpahan air di darat dan banjir di kawasan rendah di sepanjang pantai.

“Penduduk berhampiran kawasan pantai dinasihatkan supaya lebih peka dan berwaspada apabila fenomena itu berlaku,” kata NADMA di Facebook.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut mengenai jadual air pasang surut edisi 2022 boleh melayari https: //hydro.gov.my/ramalanpasangsurut.

 

-BTS Media</strong>

Leave a Comment