GAMBAR ATAS: Ashashyou, CC BY-SA 4.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0>, via Wikimedia Commons
Oleh Yusoff A. Shariff
SERAMAI 63 jemaah Malaysia yang terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak masih dilaporkan terkandas Arab Saudi sejak Jun lepas.
Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Luar Negeri dan pejabat menteri di Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), jemaah itu dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk melakukan umrah.
Mereka, bagaimana pun, masih berada di Madinah hingga ke hari ini dan tidak dibawa ke Makkah untuk umrah.
Ketua kumpulan tarekat itu dilaporkan telah diusir oleh kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos kerana melanggar undang-undang tempatan.
Kerajaan Malaysia telah untuk membawa pulang kumpulan terkandas itu seawal yang mungkin dengan kerjasama Wisma Putera, dan pejabat menteri di Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kedutaan Malaysia di Riyadh dan Konsulat Malaysia di Jeddah.
-BTS Media