BTS Media

Berpuluh terbunuh dalam serangan di pusat jagaan kanak-kanak di Thailand

GAMBAR ATAS: Sebahagian daripada kenderaan yang dipercayai dipandu oleh suspek ditinggalkan ketika dia melarikan diri dari pusat jagaan kanak-kanak di daerah Na Klang di wilayah Nong Bua Lamphu pada Khamis. (Foto: polis Nong Bua Lamphu)

 

Oleh Fetty Rara

SEKURANG-kurangnya 31 orang terbunuh dalam satu kejadian menembak di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di wilayah timur laut Thailand, kata polis.

Media tempatan melaporkan bahawa penyerang turut membunuh diri dan keluarganya.

Serangan di daerah Na Klang di wilayah Nong Bua Lamphu itu berlaku pada petang, ketika kanak-kanak di pusat tersebut sedang tidur.

Ketua kampung, Chanpen Dechpok  memberitahu akhbar Guardian bahawa kesemua kanak-kanak yang menjadi mangsa adalah murid taska tersebut.

Polis meletakkan angka kematian pada 31 dan berkata mangsa termasuk kanak-kanak dan orang dewasa. Mereka berkata lelaki bersenjata itu adalah bekas pegawai polis.

Kadar pemilikan senjata api di Thailand adalah tinggi berbanding beberapa negara lain di rantau ini, tetapi angka rasmi tidak termasuk sejumlah besar senjata haram, kebanyakannya dibawa masuk dari negara jiran yang dilanda konflik sejak bertahun.

Serangan bersenjata secara-besar-besaran jarang berlaku di Thailand. Pada 2020, seorang lelaki menembak mati 29 orang dan mencederakan 57 berikutan perselisihan faham berhubung penjualan hartanah merentasi empat kawasan.

-BTS Media

Leave a Comment