GRAFIK: SindoNews.
Oleh Fetty Rara
Terbaharu, empat lagi kanak-kanak maut akibat jangkitan hepatitis di Indonesia, justeru menjadikan jumlah kematian di negara itu tujuh orang.
Kes yang sama juga dikesan di beberapa bahagian negara itu, kebanyakannya di Jakarta.
Menurut Ketua Hospital Sulianti Saroso, Mohammad Syahril, yang dikendalikan oleh kerajaan, satu kes berkemungkinan sedang dipantau daripada sekumpulan kanak-kanak berumur bawah 16 tahun, lapor media tempatan.
Kini, di serata dunia lebih daripada 200 kanak-kanak didapati menghidap penyakit itu, hingga menimbulkan kebimbangan tentang jangkitan misteri hepatitis kanak-kanak.
Sesetengah kanak-kanak yang jatuh sakit akibat penyakit itu memerlukan pemindahan hati.
Syahril berkata pihak kementerian kesihatan Indonesia sedang melakukan analisis patogen ke atas pesakit menggunakan teknologi Penjujukan Genom Seluruh (Whole Genome Sequencing).
Beliau menggesa ibu bapa supaya membawa anak mereka ke hospital jika mengalami simptom seperti loya, muntah, cirit-birit berat, demam, jaundis, sawan dan tidak sedarkan diri.
Setakat ini, Syahril berkata belum lagi ada data lagi untuk menyokong pandangan bahawa vaksinasi boleh membantu mengurangkan gejala penyakit itu.
-BTS Media