BTS Media

Khaskan ‘lif’ tidak halal kerana syarat pihak berkuasa, kata hotel

ATAS: Gambar notis pada lif.

 

Oleh Fetty Rara

SEBUAH hotel di Kuala Lumpur menetapkan penggunaan “lif tidak halal” untuk membawa barangan tidak halal dan barang mudah rosak.

Hotel itu berkata ia adalah sebahagian daripada syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk memastikan mereka menerima persijilan halal, seperti lif perkhidmatan, lapor The Star.

Pengurusan hotel juga menyatakan bahawa mereka telah menukar label yang digunakan pada lif berkenaan supaya lebih mudah difahami oleh orang ramai.

Hotel itu berkata demikian dalam respons di media sosial kepada aktivis dan peguam Siti Kasim selepas dia memuat naik satu post bersama foto notis tersebut pada lif hotel berkenaan.

Dalam catatan pada Isnin (3 Okt), Siti meminta pihak hotel menjelaskan rasional notis itu.

Pada 2013, kejadian serupa berlaku di sebuah hotel lain di Petaling Jaya, di mana satu notis diletak bagi mengingatkan orang ramai bahawa lif tersebut adalah hanya untuk barangan halal, dan bagi barangan tidak halal perlu menggunakan tangga.

Untuk mengekalkan penyewa restoran Cina, pihak hotel memilih untuk memenuhi syarat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung pengangkutan makanan tidak halal sebagai sebahagian daripada keperluan pelesenan mereka untuk kedai di dalam premis.

-BTS Media

Leave a Comment