BTS Media

Surau bergerak DBKL memudahkan orang ramai menunaikan solat

Oleh Zainal AS Rashid

ORANG ramai yang berkunjung ke acara luar di Kuala Lumpur kini lebih mudah menunaikan solat dengan adanya perkhidmatan surau bergerak disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, berkata surau bergerak yang disesuaikan daripada satu unit pejabat bergerak itu menggunakan lori 10 tan dilengkapi penghawa dingin serta tempat wuduk dengan bekalan air 900 liter yang mampu menampung keperluan 600 jemaah.

“Pada satu-satu masa, surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita sementara 20 jemaah lelaki lagi bagi ruang solat di bahagian luar lori. Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.

Beliau memberitahu media pada Ahad (25 Sept) semasa pelancarannya bahawa surau bergerak itu boleh ditempatkan di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang ditutup kepada kenderaan pada setiap Ahad.

-BTS Media

Leave a Comment