BTS Media

PTPTN akan umum kaedah pelaksanaan pinjaman M1 baharu

 

Oleh Zainal AS Rashid

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengumumkan kaedah pelaksanaan pinjaman terbaharu bagi kumpulan M40 (M1) dan pinjaman laptop sebaik sahaja ia dimuktamadkan.

Kenyataan pada Jumaat (16 Sept) ini adalah susulan pengumuman pada Khamis (15 Sept) oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung langkah meningkatkan pinjaman PTPTN untuk kumpulan itu daripada 75 peratus kepada 100 peratus serta pinjaman bagi pembelian laptop.

Sementara itu, PTPTN berkata peminjam yang telah menamatkan pengajian mereka mulai 2019, dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama layak memohon pengecualian bayaran balik pinjaman mulai semalam hingga 31 Dis.

“Peminjam boleh memohon secara dalam talian segera (untuk pengecualian) melalui portal rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/insentif-pengecualian-bayaran-balik-pinjaman-ptptn-diperluas-kepada-semua-peminjam/.

Untuk maklumat lanjut, peminjam juga boleh menghubungi PTPTN melalui PTPTN Careline di talian 03-2193 3000 (9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat), Live Chat di www.ptptn.gov.my atau melalui platform media sosial rasmi PTPTN.

-BTS Media

Leave a Comment