BTS Media

Kadar PTPTN mahasiswa keluarga M40 dinaikkan daripada 75% kepada 100%

Oleh Fetty Rara

PELAJAR PTPTN daripada keluarga pendapatan sederhana M40 kini layak memohon pinjaman membeli laptop.

Mereka juga kini boleh menikmati tawaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah dinaikkan daripada 75 peratus kepada 100 peratus.

Mengumumkan perkara ini pada Khamis (15 Sept) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi Kuala Lumpur, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata beberapa pengumuman lain akan juga dibuat demi kepentingan pelajar pengajian tinggi.

Beliau berkata, bagi meringankan beban pelajar berikutan peningkatan kos sara hidup, program jualan murah akan diadakan di setiap institut pengajian tinggi mulai bulan depan.

-BTS Media

Leave a Comment