BTS Media

Bas bawa pelajar terbakar di Gerik, tiada kecederaan

SERAMAI 44 pelajar dan pemandu bas terselamat apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar di KM39.5 Jalan Gerik dekat Tasik Banding, Gerik hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, sebuah jentera dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.05 petang Sabtu (10 Sept).

Setiba pasukan bomba ke lokasi mereka mendapati api sedang marak dan kira-kira 80 peratus bas tersebut rentung.

Kesemua penumpang, termasuk pemandu sempat menyelamatkan diri ikut pintu belakang sebelum api merebak, kata jurucakap itu, dan operasi tamat pada pukul 3.48 petang.

Bas itu dipercayai dalam perjalanan dari Kelantan ke Kolej Matrikulasi Changlun di Kedah untuk menghantar pelajar.

-BTS Media

Leave a Comment