SERAMAI 130 orang daripada 37 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) dari dua kampungselepas dua mukim di Baling kerana banjir kilat pada petang Selasa (6 Sept).
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling Mohd Faizol Ab Aziz berkata 96 orang daripada 31 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, manakala 34 orang daripada enam keluarga di PPS Dewan Masjid Al Huda, Kampung Hangus.
Beliau berkata, mereka terdiri daripada empat bayi, 22 warga emas, 31 kanak-kanak dan 39 dewasa, manakala
PPS Dewan Masjid Al Huda Kampung Hangus pula menempatkan empat warga emas, 20 kanak-kanak dan 10 dewasa”.
Menurut Mohd Faizol, banjir kilat itu menjejaskan lima rumah di Taman Bayu Sejahtera dan 11 rumah di Kampung Sungai Batu di Mukim Baling.
“Bagi Mukim Kupang, rumah terjejas termasuk 17 di Kampung Iboi, lima di Kampung Bendang Padang dan lapan di Kampung Hangus,” katanya.
Banjir kilat dikatakan berlaku susulan hujan lebat kira-kira tiga jam sejak petang sehingga menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.
– BTS Media