GAMBAR ATAS: Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Oleh Fetty Rara
HUJAN lebat dan air pasang menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kampung di Sri Gading, Batu Pahat awal pagi Rabu (14 Sept).
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram Firdaus Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.57 pagi.
“Hujan lebat berterusan disertai air pasang di Sungai Simpang Kanan di sini menyebabkan banjir kilat melanda Kampung Sri Gading, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading dan Pekan Sri Gading.
Beliau berkata, seramai 16 anggota bomba bersama dua jentera bomba dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Kecemasan (EMRS) segera dikerahkan ke tempat kejadian.
Kira-kira 16 mangsa dari kampung berkenaan diselamatkan semasa operasi itu ketika air banjir meningkat sedalam kira-kira satu meter.
“Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara dibuka kerana mangsa menumpang di rumah saudara mereka,” katanya sambil menambah bahawa keadaan semakin pulih.
-BTS Media