RIBUT global paling kuat 2022 yang sedang bertiup dari arah Laut China Timur, bakal melanda pulau-pulau selatan Jepun dan sepanjang pantai timur China.
Menurut Pusat Amaran Taufan Bersama Amerika Syarikat, ketinggian gelombang ketara maksimum ialah 15m.
Agensi Meteorologi Jepun berkata, taufan “super” Hinnamnor merupakan ribut paling kuat tahun ini berdasarkan kelajuan angin maksimum yang sedang direkodkan.
Pusat pemantauan ribut Hong Kong Observatory berkata pada pukul 10.00 pagi tadi (Rabu 31 Ogos), Hinnamnor berpusat kira-kira 230km timur Okinawa, Jepun dan diramalkan bergerak arah barat-barat daya kira-kira selaju 22 kilometer sejam menuju Kepulauan Ryukyu.
-BTS Media