GAMBAR ATAS: Veni, CC BY 2.0 <https://creativecommons.org/licenses/by/2.0>, via Wikimedia Commons.
PEMIMPIN terakhir Soviet Union, Mikhail Gorbachev yang pernah cuba memodenkan negara itu, tetapi sebaliknya membawa kepada kejatuhan pemerintahan komunis meninggal dunia pada usia 91, lapor agensi berita Rusia, TASS, hari ini (31 Ogos).
Hospital Klinikal Pusat di Moscow berkata Gorbachev meninggal dunia kerana  “sakit teruk sejak sekian lama.”
Walaupun beliau memenangi Hadiah Keamanan Nobel 1990 untuk peranannya dalam menamatkan Perang Dingin, dia dihina oleh sebahagian besar rakyat Rusia yang masih menyokong komunisme.
Beliau pernah bertanding untuk jawatan presiden Rusia pada 1996, tetapi hanya mampu memperoleh kurang daripada 1 peratus undi.
Pada saat-saat akhir keruntuhan Soviet Union, Gorbachev dipaksa oleh datuk bandar Moscosw, Boris Yeltsin supaya membubarkan Parti Komunis, sekali gus melenyapkan sebuah rejim komunis yang mempengaruhi Eropah Timur dan menyebarkan ideologi komunisme ke serata dunia.
-BTS Media