GAMBAR ATAS: MStar.
Oleh Zainal AS Rashid
PENGHAKIMAN telus mencerminkan sistem keadilan boleh dipercayai yang tidak dipengaruhi oleh rasa takut kepada sesiapa, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Baginda berkata, dalam sistem keadilan, hakim berperanan penting dalam memastikan kredibiliti dan integriti badan kehakiman.
“Tidak perlu ada sebarang keraguan, dan hakim mestilah bebas daripada sebarang pengaruh atau tekanan.
“Dalam usaha mewujudkan Institusi Kehakiman Syariah berwibawa dan berintegriti, pegawai kehakiman perlu dihantar menjalani latihan, dilengkapi dengan kemahiran dan diberi pendedahan yang sewajarnya untuk mereka menimba pengalaman dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan dalam mentafsir undang-undang syariah,” titah baginda ketika melancarkan Jurnal Syariah Al-Qanun Perak Vol.1 2022 di Ipoh semalam.
Berikut teks ucapan:
29.8.2022-Sultan Perak-embargo-PELANCARAN PENERBITAN SULUNG JURNAL SYARIAH PERAK (AL-QANUN VOL. 1)-EDARAN (1)-BTS Media