BTS Media

Tidak Islamik memusuhi penganut agama lain, titah Sultan Selangor

Oleh Fetty Rara

SULTAN Selangor menyeru rakyat Malaysia supaya mengamalkan sikap hormat-menghormati dan bertolak ansur supaya bertoleransi dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah perbezaan agama dan bangsa tidak seharusnya menghalang rakyat Malaysia daripada hidup dalam harmoni.

“Sekiranya masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia bersedia untuk bekerjasama dan menghormati pegangan agama masing-masing, In Sya Allah, segala niat dan usaha murni dalam memartabatkan agama serta mengeratkan hubungan erat dalam masyarakat pelbagai agama, budaya dan bangsa ini boleh dicapai,” kata baginda semasa majlis ulang tahun ke-30 Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur pada Rabu (12 Okt).

Baginda bertitah dari sudut Islam, kewujudan masyarakat berbilang kaum adalah fitrah kejadian manusia, dan perbezaan tidak boleh dijadikan alasan untuk berlaku zalim atau memusuhi penganut agama lain.

Menurut baginda lagi, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama Islam adalah agama bagi Persekutuan ,tetapi agama lain boleh diamalkan secara aman.

Sikap hormat antara kaum dan agama, tambah beliau, juga merupakan teras Rukun Negara.

Sultan bertitah, institusi diraja berperanan penting dalam memelihara perpaduan rakyat yang selama ini menjadi tonggak utama kemakmuran negara.

“Institusi Diraja akan terus kekal sebagai badan berkecuali yang melangkaui politik dan berperanan memberi nasihat kepada kerajaan dan institusi agama, khususnya dalam soal memelihara perpaduan kaum,” titah baginda lagi.

Sultan Sharafuddin turut menyeru ulama Islam mentafsirkan ajaran Islam berdasarkan kefahaman Sunnah Wal Jamaah dan sumber yang sahih.

-BTS Media

Leave a Comment