BTS Media

Semua ahli UMNO harus tandatangan petisyen pengampunan diraja Najib, kata Saarani

Oleh Yusoff A. Shariff

SEMUA ahli UMNO perlu menandatangani petisyen pengampunan diraja bagi Najib Razak, kata Saarani Mohamad.

Pengerusi UMNO Perak itu berkata pihak istana ingin melihat berapa ramai yang memohon agar bekas presiden parti itu diampunkan hukumannya.

Beliau berkata, presiden parti Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan semua menyokong petisyen diraja, dan memandangkan UMNO mempunyai lebih tiga juta ahli di seluruh negara, maka lebih baik semua ahli bersatu dan menyokongnya.

Saarani memberitahu media di Ipoh pada Ahad (28 Ogos) bahawa UMNO Perak sedang mengadakan mesyuarat bahagian, dan mudah bagi 300,000 ahli parti di negeri itu menurunkan tandatangan.

Semasa taklimat khas UMNO pada Sabtu (27 Ogos), Ahmad Zahid berkata parti itu akan menggerakkan anggotanya untuk memberikan sokongan penuh bagi petisyen pengampunan diraja untuk Najib.

Beliau berkata, semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, dia meminta pengampunan diraja untuk Anwar Ibrahim, dan ada yang kecewa kerana dia dibebaskan, jadi apa bezanya sekarang.

Semalam (Sabtu 28 Ogos), Mahathir dilaporkan berkata ramai akan kecewa jika Najib dibebaskan.

-BTS Media

Leave a Comment