BTS Media

[KEMASKINI] Rayuan akhir SRC: Peguam mohon supaya Ketua Hakim dikecualikan

 

Oleh Yusoff A. Shariff

HARI ini hari penentuan bagi bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes rayuan akhir SRC.

Mahkamah disambung semula pada pukul 11.08 pagi.

Peguam bela Najib, Hisyam Teh Poh Teik berkata beliau telah melantik rakannya, Muhammad Shafee Abdullah bagi membantunya.

Ketua Hakim berkata beliau ingat Muhammad Shafee telah dilepaskan, tetapi Hisyam menjawab bahawa beliau meminta Muhammad Shafee datang untuk membantu.

Hisyam, seterusnya meminta mahkamah ditangguh sebentar sementara menunggu ketibaan Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee tiba pada pukul 11.19 pagi, dan sedang bercakap kepada mahkamah.

Pada pukul 11.24 pagi, Muhammad Shafee meminta penangguhan sehingga esok atas alasan beliau datang ke mahkamah tanpa bersedia dan tanpa membawa bersama sebarang dokumen.

Ketua Hakim tanya beliau (Muhammad Shafee) bahawa beliau hanya hadir di mahkamah untuk meminta penangguhan.

Muhammad Shafee menjawab, “Hanya hingga esok.”

11.35 pagi: Muhammad Shafee meninggalkan mahkamah.

11.32 pagi: Ketua Hakim menolak permohonan itu.

Beliau berkata beliau tidak nampak apa-apa sebab untuk perkara itu ditangguhkan.

Hisyam kemudian berkata beliau bersedia untuk meneruskan, tetapi rakannya Muhammad Shafee akan kembali ke mahkamah esok pagi untuk mengemukakan bahagiannya.

Terdahulu, pada pukul 11.15 pagi, Hisyam telah membacakan afidavit sokongan yang difailkan oleh Najib dalam permohonannya.

Beliau berkata sebelum ini, dua hakim lain, iaitu Hakim Mohd Sofian Abd Razak dan Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah mengecualikan diri mereka daripada mendengar kes Najib kerana pembabitan saudara mereka dalam UMNO.

Pada pukul 9.45 peguam bela utama Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah bahawa perayu telah memfailkan permohonan lewat malam tadi untuk dikecualikan dua hakim daripada panel. Mereka ialah Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak.

Bagaimana pun, Ketua Hakim memberitahu beliau supaya meneruskan dahulu dengan permohonan pengecualian (hakim).

Mahkamah ditangguhkan pada 10.05 pagi bagi menantikan permohonan .

Pada pukul  10.24 pagi Najib kelihatan berjalan keluar dari bilik mahkamah.

Selain anggota media yang menunggu ketibaannya di luar bangunan pada pukul 9.20, turut kelihatan penyokong beliau di luar bangunan Istana Kehakiman, kebanyakannya berpakaian serba hitam. Turut kedengaran laungan “Hidup Bosku”.

Antara penyokongnya ialah sekumpulan ahli Wanita UMNO dari kawasan Najib di Pekan, Pahang.

Seorang daripada mereka, Amnah Habi Mat Pian, 60, berkata, mereka menaiki empat bas yang bertolak dari Pekan pada tengah malam.

“Kami peneroka Felda dan kami menyokong penuh Bossku kami. Dia telah melakukan begitu banyak untuk kami dan kami berharap dia mendapat ‘keadilan’.

“Jika dia masuk penjara, ia akan menjadi hari yang menyedihkan bagi kami, tetapi kami akan menerimanya sebagai ketentuan,” katanya, lapor The Star.

Lagi perkembangan menyusul…

-BTS Media

Leave a Comment