BTS Media

Pengeluaran cip merosot, dunia mungkin kembali kepada semikonduktor?

 

Oleh Fetty Rara

PEMBUAT semikonduktor Analog Devices Inc, yang digunakan dalam jentera dan kenderaan perindustrian, meramalkan dunia mungkin kembali kepada penggunaan teknologi lama menggunakan semikonduktor.

Ini berikutan kemerosotan permintaan terhadap bekalan cip yang menjejaskan pengeluaran cip dunia, lapor Bloomberg.

Berdasarkan keadaan ini, Analog Devices Inc meramalkan peningkatan permintaan terhadap semikonduktor.

Hasil pendapatan suku keempat diunjurkan kira-kira AS$3.15 bilion (RM14.1 bilion), kata syarikat yang berpangkalan di Wilmington, Massachusetts Amerika Syarikat itu dalam satu kenyataan.

Tanpa mengambil kira item tertentu, keuntungan diunjurkan sebanyak kira-kira AS$2.57 (RM11.48) sesaham. Penganalisis menganggarkan jualan AS$3.1bil (RM13.8bil) dan pendapatan AS$2.50 (RM11.17) sesaham.

Analog Devices Inc berpendirian optimistik ketika kebanyakan pengeluar cip memberi amaran tentang kemerosotan permintaan.

Intel Corp, Nvidia Corp dan Micron Technology Inc semuanya mengunjurkan suasana pendapatan lemah sejak bulan lalau, justeru menandakan bahawa industri itu sedang menuju ke tahap kemerosotan berkala.

Menurut CEO Analog Devices Inc, Prashanth Mahendra-Rajah, walaupun mengakui bahawa ekonomi semakin lemah mula menjejaskan tempahan bagi kebanyakan pengeluar, namun syarikat itu menyaksikan permintaan yang kukuh.

-BTS Media

Leave a Comment