ZAITUN Ibrahim, 35, dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Dia tidak mempunyai kad kerakyatan walaupun dilahirkan di Malaysia, justeru juga tidak layak menerima kad orang kelainan upaya (OKU).
Selain itu, dia juga tidak dapat bersekolah.
Semalam, Rabu (17 Ogos), Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming telah berkunjung ke rumah Zaitun untuk menyampaikan bantuan mesin membuat kuih bernilai RM3,500 dan wang tunai RM2,500, lapor Sinar Daily.
Walaupun berkeadaan sebegitu, Zaitun terkenal sebagai insan yang berdikari dan menjual donat dan kuih muih di Padang Polo Ipoh.
Menurut Nga, sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk meringankan beban dan membantunya meningkat perniagaan.
-BTS Media