INDONESIA komited untuk membina ekosistem bersepadu bagi industri menyokong pembangunan ekonomi hijau global, kata Presiden Indonesia Joko Widodo.
Beliau yang memberitahu parlimen demikian pada Selasa (16 Ogos) menegaskan bahawa wilayah berkenaan akan disokong secara besar-besaran oleh jana kuasa hidro dan tenaga solar.
Kebanyakan sungai terbesar di Indonesia terdapat di Kalimantan.
Beliau juga mencadangkan bajet perbelanjaan 3,042 trilion rupiah (S$284 bilion) untuk tahun depan bagi membiayai segala-galanya, daripada subsidi tenaga kepada pembangunan projek dan gaji kakitangan awam.
Jokowi juga berkata usaha untuk membangunkan ibu kota Indonesia di Kalimantan Timur akan diteruskan, dan berjanji untuk menamatkan rasuah, lapor ANN.
Pelabur kini sedang membina beberapa stesen kuasa hidro di sungai Kayan, Kalimantan Utara.
Memandangkan Indonesia kini merupakan pengeluar utama bateri litium dalam rantaian pengeluar kenderaan elektrik dari Asia, Eropah, serta Amerika Syarikat telah melabur di negara itu.
Sementara itu, Jokowi juga berikrar bahawa pembasmian rasuah akan kekal sebagai keutamaan, dengan pendedahan demi pendedahan kes dibuat oleh penguat kuasa undang-undang, termasuk rasuah dalam syarikat penerbangan nasional Garuda Indonesia, yang kini dalam proses penstrukturan semula hutang, dan syarikat insurans milik kerajaan Jiwasraya.
-BTS Media