GAMBAR ATAS: Wikimedia Commons.
Oleh Fetty Rara
KERAJAAN Vietnam sedang mempertimbang pembinaan sistem kereta api berkelajuan tinggi merentas negara itu dengan harga yang mungkin mencecah AS$58.7 bilion, kata kerajaan pada Ahad.
Dalam kenyataan pada Ahad (14 Ogos), kementerian pengangkutan Vietnam berkata cadangan akan dikemukakan kepada pihak jawatankuasa dasar parti komunis bulan depan bagi sistem rel sepanjang 1,545km itu.
Vietnam, yang merupakan hab pembuatan serantau, sedang meningkatkan pelaburannya dalam infrastruktur pengangkutan bagi menyokong ekonomi yang berkembang pesat.
Dua bahagian pertama sepanjang 665 km dengan pelaburan sebanyak AS$24.72 bilion akan mula digunakan, manakala keseluruhan projek itu akan siap pada 2045-2050.
-BTS Media