AIR Selangor memaklumkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada pukul 4:30 pagi, 11 Ogos 2022 berikutan kejadian pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Karak, Pahang akibat kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur semalam (10 Ogos).
Pengguna di sejumlah 397 kawasan tiga wilayah, iaitu Petaling (3 kawasan), Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan) akan mengalami gangguan bekalan air bermula pada pukul 10:00 pagi, 11 Ogos 2022.
LRA Langat 2 dijangka beroperasi semula pada pukul 3:30 petang, 11 Ogos 2022 bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan.
Bekalan air terawat akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air distabilkan. Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti yang dipaparkan.
Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal.
-BTS Media