BTS Media

Laman Warisan Kampung Laut di Kelantan dibuka kepada pengunjung

PROJEK laman Warisan Kampung Laut bernilai RM20 juta di Kelantan kini siap sepenuhnya dan mula menerima pengunjung baru-baru ini.

Pengurus Besar Bahagian Pelaksanaan Projek Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Arizan Arifin berkata projek seluas 1.04 hektar di tebing Sungai Kelantan itu kini menjadi tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Projek itu melibatkan dua fasa pembinaan – fasa pertama Laman Warisan Serunding dan fasa kedua Laman Warisan Seni.

Lokasi Laman Warisan Kampung Laut ini menawarkan pemandangan indah dan kompleks dilengkapi pengadang banjir untuk keselamatan untuk pengunjung.

Antara tarikan termasuk Masjid Kampung Laut berusia kira-kira 400 tahun yang dipindahkan ke tapak asalnya, setelah dibawa ke Nilam Puri 50 tahun lalu kerana banjir.

Masjid Kampung Laut adalah sebahagian daripada fasa dua Laman Warisan Seni.

Turut disediakan di kompleks ini, 11 lot kedai di Laman Warisan Serunding yang digunakan oleh peniaga menjual serunding, dodol dan kuih gelembung buaya, manakala Laman Warisan Seni dikhaskan untuk kraf tangan, seni kaligrafi dan ruang wau.

-BTS Media

Leave a Comment