BTS Media

‘Veteran’ K-Pop Kim Jae-joong akan keluarkan LP ketiga bulan depan

GAMBAR ATAS: Dilesenkan di bawah cc-by-sa-2.0  Wikimedia Commons.

 

KIM Jae-joong akan membuat ‘come back’ dengan album studio pada September dengan album studio ketiganya.

Ini diumumkan oleh C-JeS Entertainment pada Khamis,

Ia menyusul selepas enam tahun sejak pelancaran album penuh keduanya, No.X, yang membuktikan keupayaannya  merentasi genre daripada balada dan pop ke hard rock, lapor The Korea Herald.

Sebelum ini, pada 2020 Kim telah mengeluarkan EP keduanya, Love Song.

Kim, yang dianggap ‘veteran’ dalam kalangan artis K-Pop lebih muda juga telah mengambil bahagian dalam beberapa siri soundtrack asal, untuk drama “Private Lives”.

Bekas ahli TVXQ! Ini juga akan menganjurkan jelajah antarabangsa pertamanya sejak lima tahun bulan depan yang bermula di Seoul, kemudian ke Malaysia dan pada Oktober, Thailand.

-BTS Media

Leave a Comment