BTS Media

Sri Lanka: Joseph Stalin akan didakwa di mahkamah hari ini

GAMBAR ATAS: adaderana.lk.

 

Oleh Zainal AS Rashid

Setiausaha Agung Kesatuan Guru Ceylon (CTU) Joseph Stalin, yang ditangkap kerana melanggar perintah mahkamah, dijadualkan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Colombo Fort hari ini (Khamis 4 Ogos).

Dia ditahan di ibu pejabat CTU petang semalam (03 Ogos).

Menurut polis, Stalin telah melanggar perintah mahkamah semasa perarakan protes di Bank of Ceylon Mawatha pada 28 Mei.

Peguam Jayantha Dehiattage berkata, kenyataan Stalin sedang direkodkan di balai polis, lapor adaderana.lk.

Sususlan penahanan Stalin, ramai ahli kesatuan sekerja dan ahli politik tiba di premis balai polis Fort untuk menunjukkan solidariti.

Mengulas kejadian tersebut, setiausaha agung Kesatuan Perkhidmatan Guru Ceylon (CTSU) Mahinda Jayasinghe berkata pihak berkuasa tidak boleh mengekang perjuangan demokrasi melalui langkah sedemikian.

Bagi Ahli Parlimen gabungan parti Samagi Jana Balawegaya (SJB), Mujibur Rahman, tiada gunanya menubuhkan kerajaan perpaduan semua parti jika penindasan seperti itu terus berlaku.

-BTS Media

 

Leave a Comment