BTS Media

Sri Lanka: Gotabaya Rajapaksa dijangka pulang ke negara

 

Oleh Yusoff A. Shariff

BEKAS presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa dijangka pulang ke negara itu dari Singapura, kata seorang ahli parlimen Sri Lanka.

Jurucakap kabinet Bandula Gunawardena memberitahu media pada Selasa bahawa Rajapaksa tidak bersembunyi, tetapi tarikh kepulangannya tidak diketahui.

Bekas pemimpin itu melarikan diri dari Sri Lanka selepas pergolakan besar-besaran akibat krisis ekonomi, lapor BBC.

Penunjuk perasaan berkata dia salah urus kewangan negara, menyebabkan harga barangan keperluan melambung tinggi.

Rajapaksa meninggalkan Sri Lanka pada 13 Julai dan menuju ke Maldives, sebelum ke Singapura pada 14 Julai.

Dia menyerahkan surat peletakan jawatan sejurus selepas ketibaannya. Surat tersebut diterima secara rasmi oleh kabinet Sri Lanka pada 15 Julai.

Bekas presiden itu berada di Singapura bersama isteri dan dua pengawal peribadinya.

Dia tidak lagi mempunyai kekebalan undang-undang sebagai ketua negara.

Singapura berkata presiden yang digulingkan itu tidak meminta suaka politik.

Rajapaksa pada mulanya diberikan visa 14 hari untuk berada di Singapura, tetapi kini telah dilanjutkan 14 hari lagi, lapor media tempatan pada Rabu.

Pelbagai spekulasi timbul berhubung rancangan Rajapaksa selanjutnya, dengan sesetengah pihak meramalkan bahawa dia mungkin akan menuju ke Emiriah Arab Bersatu selepas ini.

-BTS Media

Leave a Comment