BTS Media

PRU15 mungkin penggal terakhir bertanding

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menjadi penggal terakhir buat beliau sebagai ahli politik.

Sebaik berakhir penggal itu, Muhyiddin mengumumkan, mahu bersara dari gelanggang politik untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Justeru, kata bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding pada PRU15 sekiranya pucuk pimpinan parti memutuskan beliau layak dipilih sebagai calon.

“PRU15 Insya-Allah kalau pucuk pimpinan (benarkan bertanding)… saya untuk bertanding. Nampak daripada tepukan tadi mengesahkan boleh bertanding Insya-Allah, badan sihat, dulu kena kanser.

“Doa semua sekali makbul Allah bagi saya kesihatan. Kalau nak tendang bola boleh tendang, tapi tak jauh. Kalau pukul golf untuk 200 meter sekali pukul boleh pergi maknanya itu masih (okey).

“Tapi tak apa, ini soal politik setakat itu sajalah. Mungkin penggal akhir (PRU15) lepas ini berehat dekat rumah, berehat dengan isteri, cucu-cucu seramai lapan orang, anak-anak saya. Saya fikir sudah sampai masa tapi kalau keadaan mendesak dan memerlukan nantilah Insya-Allah kita akan (fikirkan) perkara itu,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian dalam sesi Dialog Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersama belia di sini, pada Sabtu.

Leave a Comment