GAMBAR ATAS: KIRI) Palmer (KANAN) Wanda/Foto Jackson County Sheriff.
SEORANG lelaki yang didakwa cuba membunuh kakaknya – yang baharu sedar daripada koma selama dua tahun dan terus menuduh dia sebagai penyerangnya – telah meninggal dunia.
Daniel J Palmer III meninggal dunia pada Khamis di sebuah hospital di Charleston, Virginia Barat, enam hari selepas dia didakwa atas cubaan membunuh dan mencederakan adik perempuannya, Wanda.
Dia dibawa ke hospital pada Rabu, sehari sebelum kematiannya. Punca kematiannya tidak didedahkan, lapor NBC News.
Pada Jun 2020, Wanda Palmer dipukul dan dibiarkan mati setelah diserang dengan kapak di rumahnya berhampiran Cottageville, West Virginia.
Tetapi, walaupun mengalami kerosakan otak, dia akhirnya dapat menamakan abangnya sebagai penyerang.
-BTS Media