Oleh Fetty Rara
PUSAT Membanteras Rasuah & Kronisme (C4) membidas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki kerana meremehkan (sini) kedudukan negara dalam indeks rasuah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Pada Khamis, Azam mempersoalkan kebolehpercayaan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI).
Beliau dilaporkan berkata tidak perlu diyakini hasil tinjauan itu kerana ia tidak menggambarkan keadaan sebenar rasuah di Malaysia.
Azam merujuk kepada beberapa aspek tinjauan itu, seperti hak asasi manusia dan etika perniagaan yang dikatakan tidak ada kaitan dengan rasuah.
Pusat itu menggesa Azam supaya menjelaskan CPI (sini) itu dengan lebih baik, dan bukan peleceh, lapor FMT (sini).
Badan itu menyifatkan pandangan tersebut sebagai sangat dangkal tentang rasuah yang dikatakan kerana kurang pemahaman, dan lebih mengejutkan apabila ia disuarakan oleh pegawai tertinggi pihak yang dipertanggungjawab membanteras rasuah.
C4 juga berkata adalah salah bagi Azam menyatakan bahawa hak asasi manusia dan etika perniagaan tiada kaitan dengan rasuah.
Sementara itu, dalam isu yang sama Pengarah Pusat Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Suhaimee Saahar berkata, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bukanlah pengukuran atau instrumen yang mempunyai bukti akademik.
Beliau berkata kajian terhadap rasuah yang berdasarkan bukti (evidence-based survey) adalah lebih tepat dan merupakan data yang tidak boleh disangkal jika dibandingkan dengan kajian berasas persepsi semata-mata (sini)
-BTS Media