BTS Media

Dua pembantu kesihatan direman berkaitan dakwaan rasuah pengurusan jenazah

Dua pembantu kesihatan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pengurusan jenazah berjumlah RM15,000.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani mengeluarkan perintah reman itu setelah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan kedua-dua individu itu sehingga 31 Mei ini, lapor Bernama.

Kedua-dua lelaki yang berusia 40 hingga 42 tahun itu direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana kesalahan menerima rasuah.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

-BTS Media

Leave a Comment