Oleh Zainal AS Rashid
PELAJAR golongan B40 dari Parlimen Batu dan Kuala Lumpur dinasihatkan supaya mengambil peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Lim Kok Wing dengan bantuan biasiswa.
Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Malaysia merangkap Ketua Sayap Bersekutu Bahagian Batu, S. Gobi Krishnan berkata tawaran biasiswa ini akan dapat meringankan beban kewangan ibu bapa untuk anak-anak kerana mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan.
Beliau berkata demikian pada Jumaat (15 Jul) selepas menandatangani persefahaman dengan Naib Canselor Universiti Lim Kok Wing Datuk Profesor Dr Razali Agus bagi memuktamadkan tawaran biasiswa untuk 40 pelajar B40 daripada Parlimen Batu dan Kuala Lumpur bagi membolehkan mereka melanjut pengajian tinggi di universiti itu.
Menurut beliau, syarat minimum bagi pemohon mendapatkan biasiswa ini hanya berada dalam kategori B40 dan memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Untuk maklumat lanjut dan mendaftar bagi biasiswa ini pemohon boleh menghubungi talian hotline 013-7500609 (WhatsApp) ,Krishna Kumar di talian 017-2981804 atau layari https://biasiswa.limkokwing.net/ptptn
-BTS Media