Sayap Bersekutu BERSATU kini mula mendapat perhatian di Parlimen Batu apabila sejumlah 140 borang keahlian telah diisi oleh penduduk di kawasan itu.
Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Bahagian Batu, S.Gobi Krishnan berkata kesemua borang ini telah diserahkan oleh Biro Keahlian Sayap Bersekutu Bahagian Batu dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Pusat Operasi Parlimen Batu baru-baru ini.
“Untuk makluman, semakin ramai penduduk Parlimen Batu khasnya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur amnya, mula menerima baik kehadiran BERSATU melalui usaha keras yang dilakukan kami menerusi pelbagai program kemasyarakatan yang dirangka dan dijalankan sejak lebih 2 tahun kebelakangan ini.
“Penerimaan penduduk dan pengundi menunjukkan bahawa Perikatan Nasional (PN) menerusi Sayap Bersekutu BERSATU mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi Parlimen Batu serta kerusi-kerusi lain di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15),” katanya yang juga Ketua Penerangan Pusat Sayap Bersekutu BERSATU.
Untuk rekod, 140 borang keahlian yang diterima terdiri daripada kaum India, Cina, Sikh, Gujerati, dan Sindi.