Seramai 60 ahli baru bukan Bumiputera menyertai Sayap Bersekutu BERSATU di Parlimen Indera Mahkota hari ini secara rasmi.
Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata kemasukan ahli Bersekutu BERSATU diharap dapat menguatkan lagi gerak kerja parti itu.
“Saya amat mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam BERSATU. BERSATU sememangnya mengharapkan penyertaan lebih ramai ahli bukan Bumiputera ke dalam Sayap Bersekutu.
“Penyertaan mereka saya harap dapat menguatkan lagi gerak kerja kami dalam berkhidmat untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, Saifuddin yang menerima sendiri borang kemasukan ahli baru itu berterima kasih kepada wakil daripada ahli Bersekutu BERSATU baharu yang dikenali sebagai Ramesh.
“Saya mengucapkan banyak terima Kasih kepada Ramesh yang hari ini yang menghantar 60 borang ahli baru dari Parlimen Indera Mahkota,” katanya.