UNIVERSITI Malaya (UM) baru-baru ini dinamakan universiti terbaik Malaysia dalam senarai ranking universiti dunia (THE) 2023.
Bagaimana pun, ia terkeluar daripada senarai 350universiti teratas dunia, jatuh dari tempat 301 kepada 350 yang dikekalkan dari 2019 hingga 2022.
UM juga menyaksikan penurunan dalam edisi ke-19 QS World University Ranking 2023, penerbitan tahunan kedudukan universiti oleh Quacquarelli Symonds.
Dalam pada itu, 22 universiti Malaysia berjaya disenaraikan, berbanding 18 tahun lepas.
UM diikuti oleh Universiti Petronas (UTP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM), pada kedudukan 401 hingga 500.
UTP berada pada kedudukan 501 hingga 600 pada tahun lalu, manakala UUM di kedudukan 601 hingga 800 tahun lepas.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kekal di kedudukan 601 hingga 800.
Pendatang baharu ke senarai itu ialah Sunway University (801-1000), Universiti Malaysia Pahang (801-1000), Universiti Malaysia Kelantan (1201-1500), dan Universiti Malaysia Sabah (1501).
Universiti Teknologi MARA berada dalam kategori 1501 bersama Universiti Malaysia Sabah.
Sejumlah 1,799 universiti dari 104 negara dan wilayah memasuki ranking tahun ini, 137 lebih daripada tahun lepas.
-BTS Media