GAMBAR ATAS: Gavi Alliance.
Oleh Yusoff A. Shariff
LIMA kes varian Omicron BA.5Covid-19 dikesan di Malaysia dan berkemungkinan merebak meluas, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, sebanyak 13 kes kumulatif varian sub-keturunan Omicron telah dikesan di negara ini, termasuk enam kes BA.2.12.1 dan dua BA.5.2.
Menurut Khairy, semua kes dikesan antara Mei dan Jun. Bagaimana pun, tiada kes ‘sublineage’ Omicron BA.4 direkodkan setakat ini.
Beliau berkata pada sidang media hari ini (8 Jul) bahawa kementerian menjangkakan jangkitan baharu akan meningkat berikutan Omicron BA.4 dan BA.5, terutamanya BA.5. kerana Omicron BA.5 mudah tersebar berbanding varian Omicron sebelum ini, iaitu iaitu BA.1 dan BA.2.
-BTS Media